Sambal Terung bersama Udang Geragau dan Petai Bakar

[ingredients]

Tekan sini untuk Bahasa Inggeris

4 ulas bawang putih, dicincang halus
4 sudu besar cili merah kisar
30g udang geragau
3 biji terung panjang, dibelah dua
1 sudu teh serbuk belacan
1 sudu besar air asam jawa
Garam
Gula
Petai 1 papan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak sayuran

[/ingredients]

[directions]

  1. Gaul terung yang dibelah dua bersama sedikit garam, kemudian goreng dalam minyak sayuran sehingga separa layu. Asingkan terung dan kekalkan kuali dan minyak yang sama untuk menumis.
  2. Tumiskan bawang putih dan cili kisar, kemudian masukkan belacan.
  3. Masukkan separuh udang geragau, kacau dan tambahkan air asam jawa, garam serta sedikit gula. Akhir sekali,masukkan terung dan kacau hingga sebati.
  4. Separuh lagi udang geragau digoreng sehingga garing untuk ditabur di atas terung.
  5. Rebus petai sepapan itu sehingga layu, kemudian lumurkan serbuk kunyit berserta garam. Bakar di atas api hingga naik bau. Hidangkan bersama terung.

[/directions]

Next Post → ← Previous Post