Rendang Campur Negeri Sembilan

[ingredients]

Tekan sini untuk Bahasa Inggeris

5 bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
2 sudu besar rempah rendang
1 sudu besar kunyit
4cm lengkuas
5 batang serai
250g hati lembu
250g limpa
250g daging
250g bawang merah
(dibahagi 2 bahagian)
7 ulas bawang putih
2.5kg santan cair
1⁄2 cawan cili giling
20 biji cili padi
2 sudu besar asam jawa dicampur 1⁄2 cawan air
1 cawan kerisik
Garam secukup rasa

[/ingredients]

[directions]

  1. Kisar satu bahagian bawang merah, bawang putih, cili padi, 3 batang serai (dihiris) dan lengkuas. Masukkan rempah rendang serta cili giling bersama bahan-bahan yang dikisar tadi. Hiris bahagian kedua bawang merah.
  2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang kemudian bahan-bahan yang dikisar tadi.
  3. Masukkan daging dahulu dan masak sehingga empuk, lalu dimasukkan hati dan limpa.
  4. Masukkan asam jawa. Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit. Masukkan 2 batang serai tadi, kerisik serta garam dan gula. Kacau sehingga pecah minyak dan kering.
  5. Hidangkan bersama lemang, ketupat atau nasi panas.

[/directions]

Next Post → ← Previous Post