Karipap Pusing Sardin

[ingredients]

Tekan sini untuk Bahasa Inggeris

Doh Mentega

290g tepung gandum
10g tepung jagung
45g mentega
40g marjerin

    Doh Minyak

    290g tepung gandum
    40g minyak jagung
    120ml air
    Secubit garam

      Inti Sardin

      1 tin sardin
      1 bawang besar
      5 ulas bawang putih
      1 sudu teh serbuk kari ikan
      5 helai daun kari
      Garam

        [/ingredients]

        [directions]

        Kulit karipap

        1. Gaulkan bahan-bahan doh mentega hingga sebati, kemudian bulatkan. Bahagikan kepada 4-5 bebola.
        2. Gaulkan bahan-bahan doh minyak hingga sebati, kemudian bahagikan kepada 4-5 bebola yang lebih besar dari tepung mentega.
        3. Masukkan bebola doh mentega ke dalam bebola doh minyak dan kembali bulatkan satu persatu. Doh yang telah siap kemudian dicanai leper dan digulung semula. Kemudian, dicanai leper dalam arah bertentangan, dan kemudian digulung semula.
        4. Gunakan pisau yang tajam untuk menghiris doh yang telah digulung tadi mengikut ketebalan yang dipilih. Kemudian canaikan satu persatu untuk dijadikan kulit karipap. Pastikan bahagian yang di bawah menjadi kulit luar karipap. Setelah dicanai leper, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dimasukkan inti.

        Inti sardin

        1. Tumiskan bawang besar yang dihiris bersama bawang putih.
        2. Masukkan garam, kemudian masukkan daun kari.
        3. Lecekkan sardin di dalam mangkuk dan gaulkan bersama serbuk kari. Masukkan terus bersama bahan tumisan dan goreng sehingga kering sedikit. Tunggu sehingga inti sejuk sebelum memasukkannya ke dalam kulit karipap dan klimkan.
        4. Sebelum digoreng, pastikan karipap telah berada di dalam peti sejuk selama 10 minit.

        [/directions]

        Next Post → ← Previous Post