Daging Salai Lemak Cili Api bersama Belimbing Buluh

 

[ingredients]

Tekan sini untuk Bahasa Inggeris

Kuah Masak Lemak Cili Api

7 biji cili padi
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 batang serai
4 cm kunyit hidup
4 cm halia muda
1⁄2 biji belimbing besi muda
(buang biji)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat

    Daging Salai

     250g daging tenderloin
    1 sudu teh serbuk kunyit
    1⁄2 sudu teh garam
    Sabut kelapa

    [/ingredients]

    [directions]

    Daging Salai

    1. Perap daging bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam.
    2. Panaskan kuali, letakkan sabut kelapa dan kemudian besi pemanggang di atasnya. 
    3. Selepas itu, salaikan daging di atas besi pemanggang sehingga sekata tanpa menggunakan sebaran minyak (sabut akan mengeluarkan asap yang banyak, jadi pastikan anda gunakan dapur yang ada penyedut asap).
    4. Setelah siap disalai, hiris daging tersebut kira-kira 4cm lebar.

    Masak Lemak Cili Api

    1. Potong bawang besar, cili padi, bawang putih, serai, kunyit hidup serta halia untuk ditumbuk separa halus menggunakan lesung batu.
    2. Potong belimbing besi kepada 5 hirisan.
    3. Panaskan air di dalam periuk, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama serbuk kunyit.
    4. Tunggu hingga separa mendidih dan masukkan belimbing besi.
    5. Kemudian masukkan hirisan daging salai serta campuran santan pekat dan cair lalu perlahankan api. Masukkan garam secukup rasa.
    6. Setelah masak, hidangkan bersama nasi panas.

    [/directions]

    ← Previous Post