Ayam Pop Salai bersama Sambal Hijau

[ingredients]

Tekan sini untuk Bahasa Inggeris

Ayam Pop Salai

1⁄2 ekor ayam (dipotong 2)
Air kelapa dari 2 biji kelapa
1⁄2 cawan minyak zaitun
2 helai daun pandan
8 ulas bawang putih
1 batang serai
Minyak sayuran, cukup untuk menggoreng ayam tersebut
Garam

Sambal Hijau

2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
10 biji cili hijau
5 biji cili padi
2 biji tomato hijau
2 biji terung hijau
1⁄2 biji lemon
1⁄2 sudu besar gula
1 sudu teh garam
11⁄2 cawan minyak zaitun
1 sudu besar kicap manis

 

[/ingredients]

[directions]

Ayam Pop Salai

  1. Rebus ayam bersama air kelapa, minyak zaitun, daun pandan,serai and bawang putih serta sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah direbus tadi selama kira-kira 3 minit dan toskan.

Sambal Hijau

  1. Potong bawang besar kepada empat bahagian, dan celurkanseketika dalam air panas bersama cili hijau dan cili padi, kemudian toskan.
  2. Hiris kesemua bahan yang belum dicelur (bawang putih,tomato dan terung hijau).
  3. Gaulkan kesemua bahan-bahan bersama dan tumbuk menggunakan lesung batu, tetapi jangan sehingga terlalu halus.
  4. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Gaulkan minyak zaitun panas bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk. Perahkan lemon dan masukkan garam serta gula.
  5. Hidangkan bersama ayam pop serta sedikit kicap manis.

[/directions]

Next Post → ← Previous Post